PENUTUPAN LRA LINGGI - 4 NOVEMBER 2020

 

125186616 3397264030359195 6102198506756335961 n  124110229 3397264067025858 7029120439013496830 n 
Sebelum - 5 November 2020 Selepas - 9 November 2020

 

4 November 2020 - Tebing Sungai Linggi runtuh mengakibatkan penutupan LRA Sg. Linggi dan terjejas bekalan air di sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban selama lima hari.

Kejadian hujan lebat pada lewat malam 3 November 2020 di beberapa kawasan di Seremban telah menyebabkan aliran air sungai deras dan melimpah sehingga menyebabkan tebing Sungai Linggi runtuh.

Akibat runtuhan tebing sungai ini, air sungai tidak lagi memasuki muka sauk seperti biasa dan Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Linggi tidak dapat beroperasi mengagihkan air terawat kepada pengguna.

Kejadian ini telah menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air selama lima hari dan menjejaskan lebih 45 ribu akaun bagi kawasan Port Dickson dan Seremban.

Sementara pihak bertanggungjawab iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan melaksanakan kerja-kerja tambakan dan baikpulih tebing yang runtuh, SAINS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kontigensi (PTK) bagi mengendalikan pengagihan air terawat melalui lori-lori tangki dan juga meletakkan tangki-tangki statik di kawasan yang terjejas.

Disebabkan penglibatan akaun yang besar, SAINS turut mendapatkan bantuan lori tangki daripada operator-operator air di Malaysia dalam membantu kerja-kerja pengagihan bekalan air di kawasan gangguan sehingga keadaan pulih seperti sedia kala. SAINS mengucapkan terima kasih dan amat menghargai bantuan yang diberikan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (RanhillSAJ), Lembaga Air Perak (LAP), Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) atas kerjasama yang diberikan dalam menangani situasi ini.

Bantuan pihak Bomba dan Penyelamat N. Sembilan juga tidak dilupakan sepanjang operasi pengagihan bekalan air ke kawasan terjejas terutamanya di kawasan Seremban.

Lewat petang 8 November 2020, LRA Sg. Linggi telah mula beroperasi pada kadar yang minimum apabila air sungai mula memasuki muka sauk. Kerja-kerja tambakkan sungai oleh pihak JPS juga berjalan dengan lancar. Kawasan-kawasan terjejas di Seremban telah mula mendapat bekalan air melalui paip secara berperingkat sementara kawasan terjejas di Port Dickson pulih sepenuhnya menjelang 11 November 2020.

Pada 10 November 2020, SAINS telah mengadakan majlis penghargaan dan perpisahan kepada semua pihak yang banyak membantu SAINS sepanjang tempoh penutupan loji ini. Penghargaan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan ini diharapkan memberikan seribu kenangan kepada pihak yang terlibat selama hampir lima hari di Port Dickson dan Seremban.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.