TAKLIMAT-INDUSTRI-2021

6 April 2021 - SAINS telah menganjurkan Program Hari Terbuka Loji Rawatan Air sempena sambutan Hari Air Sedunia 2021 yang bertempat di Loji Rawatan Air Sg. Terip, Seremban.

Program serba ringkas ini melibatkan para peserta yang terdiri daripada wakil-wakil industri daripada kawasan Perindustrian Senawang dan Sungai Gadut bagi daerah Seremban.

Dengan bertemakan ‘Valuing Water’ bagi tahun ini, pengisian program adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang proses-proses rawatan air yang dijalankan di loji berkenaan. Taklimat berkenaan proses-proses rawatan air telah diberikan oleh Penolong Pengurus En. Yusri Bin Md Yunus, sementara para peserta juga diberi penerangan oleh Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Pn. Hajah Norzita Bt Ismail.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), En. Tahsilazam Bin Othman turut memberikan penerangan dan taklimat berkenaan fungsi dan peranan SPAN dalam mengawal selia industri air dibawah Akta Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006.

Diharapkan program-program seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada pengguna dalam menghargai dan menggunakan air secara berhemah.

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.